Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) dan persepsi pengundi terhadap dasar kerajaan: kajian kes Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor

Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar (Author), Mohd Fuad Mat Jali (Author), Novel Lyndon (Author), Sity Daud (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kempen, isu dan persepsi terhadap dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu penyelidikan perpustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kesemua 16 Daerah Mengundi dalam DUN Kajang. Hasil kajian mendapati jenis kempen, manifesto parti dan calon menjadi medium utama dalam mempengaruhi sokongan responden kepada parti politik dalam PRK DUN Kajang. Keseluruhannya, persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah positif namun pengundi mengharapkan agar isu ekonomi iaitu isu kenaikan harga barangan dan peluang pekerjaan dapat ditangani oleh pihak yang berwajib agar kehidupan mereka lebih baik. PRK DUN Kajang juga memperlihatkan pengekalan 'status quo' iaitu kemenangan kepada PKR kerana impak keputusan PRU 2013 masih baru dan terkesan oleh pengundi di DUN Kajang.