Garis panduan bagi pendakwah wanita di televisyen dalam aspek penampilan berdasarkan al-Qur'an

Wanita Muslimah di Malaysia memainkan peranan penting dalam bidang dakwah, khususnya dakwah melalui media massa seperti televisyen. Namun, penelitian yang dilakukan terhadap pendakwah wanita ini tidak mematuhi garis panduan yang dianjurkan oleh Islam seperti dalam aspek penampilan, percakapan dan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shafiza Shafie (Author), Fadlan Mohd Othman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Wanita Muslimah di Malaysia memainkan peranan penting dalam bidang dakwah, khususnya dakwah melalui media massa seperti televisyen. Namun, penelitian yang dilakukan terhadap pendakwah wanita ini tidak mematuhi garis panduan yang dianjurkan oleh Islam seperti dalam aspek penampilan, percakapan dan pergaulan. Ini berikutan ketiadaan garis panduan yang sempurna sebagai panduan kepada pendakwah wanita Muslimah ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji garis panduan bagi pendakwah wanita khusus dalam aspek penampilan menurut al-Qur'an. Kajian dilakukan menerusi kajian kualitatif yang menggunakan analisis dokumen dan observasi sebagai metode pengumpulan data. Hasil kajian ini dapat menghasilkan garis panduan berdakwah kepada para pendakwah wanita di televisyen. Dengan demikian, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta unit penyiaran dan media bagi penambahbaikan garis panduan yang telah sedia ada.