Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot

Salah satu punca masalah kemerosotan kualiti udara bandar di Lembah Klang berlaku akibat daripada peningkatan bahan pencemar udara partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikron (PM10) daripada kenderaan bermotor selain faktor perbandaran yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Haslina Mohd Shafie (Author), Mastura Mahmud (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2015-10.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02231 am a22001333u 4500
001 9550
042 |a dc 
100 1 0 |a Siti Haslina Mohd Shafie,   |e author 
700 1 0 |a Mastura Mahmud,   |e author 
245 0 0 |a Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot 
260 |b Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi,   |c 2015-10. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/9550/1/14x.geografia-okt15-SitiHaslina-edam2_%281%29.pdf 
520 |a Salah satu punca masalah kemerosotan kualiti udara bandar di Lembah Klang berlaku akibat daripada peningkatan bahan pencemar udara partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikron (PM10) daripada kenderaan bermotor selain faktor perbandaran yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tren kepekatan purata bulanan PM10 di lima stesen kualiti udara di Lembah Klang iaitu Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras dari 2000 hingga 2009 dengan menggunakan kaedah statistik boxplot. Hasil kajian mendapati bahawa tren kepekatan purata bulanan PM10 adalah lebih tinggi daripada nilai kesetaraan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMAQG) iaitu 103.5 μg/m3 untuk tempoh sebulan bagi beberapa stesen kajian. Nilai kepekatan PM10 bulanan yang tertinggi direkodkan adalah pada Ogos 2005 sebanyak 590 μg/m3 di stesen Klang, 482 μg/m3 (Petaling Jaya), 371 μg/m3 (Kajang) serta 587 μg/m3 (Shah Alam) dan Cheras sebanyak 465 μg/m3 sewaktu peristiwa jerebu pada ketika itu. Selain nilai maksimum, analisis boxplot turut mewakili nilai Q2 (kuartil 2) iaitu nilai median atau penengah data, IQR (julat antara kuartil) iaitu angka penengah antara nilai yang paling kecil dan median serta Q3 (kuartil 3) merupakan nilai tengah antara median dan nilai tertinggi sesuatu set data. Stesen Klang mencatatkan nilai Q3, IQR dan Q2 tertinggi pada tahun 2005 masing-masing sebanyak 342 μg/m3, 75 μg/m3 dan 277 μg/m3 pada bulan Ogos berbanding stesen lain. Episod jerebu yang serius berlaku di Semenanjung Malaysia pada waktu tersebut berasal daripada pembakaran biojisim di Sumatera, Indonesia dan faktor kedudukan Klang yang paling hampir dengan Sumatera adalah punca utama kepada peningkatan kepekatan PM10 yang tinggi di stesen tersebut. 
546 |a en