Penentu makroekonomi kadar jenayah di Malaysia

Kadar jenayah kian meningkat akan mengancam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor makroekonomi yang mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Kajian ini meliputi data siri masa tahunan 1970 hingga 2013. Untuk mencapai objektif kajian ini,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chor, Foon Tang (Author), Sezali Md. Darit (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kadar jenayah kian meningkat akan mengancam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor makroekonomi yang mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Kajian ini meliputi data siri masa tahunan 1970 hingga 2013. Untuk mencapai objektif kajian ini, kami menggunakan kaedah kointegrasi batasan dan ujian sebab-penyebab Granger. Kajian ini mendapati bahawa kadar pengangguran, pelancongan, tahap kemiskinan dan keselamatan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia, terutamanya dalam jangka panjang. Akan tetapi, kadar inflasi tidak signifikan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa pelancongan merupakan satu pembolehubah yang dinamik kerana perkembangan sektor pelancongan bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah, bahkan perkembangan sektor ini juga mampu mengurangkan kadar pengangguran serta membasmi kemiskinan. Selari dengan program transformasi ekonomi, pembangunan sektor pelancongan perlu diberi penekanan oleh penggubal dasar.