Tema-tema feminisme dalam novel-novel Nawal El Saadawi

Nawal El Saadawi merupakan seorang tokoh wanita Mesir yang memperjuang dan menyuarakan hak-hak wanita Arab dan penderitaan mereka menerusi karya-karya sastera novel. Antara novel terkenal beliau ialah al-Wajh al-Ari li al-Mar'ah al-'Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Z...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maryam Habibah Kamis (Author), Indriaty Ismail (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Nawal El Saadawi merupakan seorang tokoh wanita Mesir yang memperjuang dan menyuarakan hak-hak wanita Arab dan penderitaan mereka menerusi karya-karya sastera novel. Antara novel terkenal beliau ialah al-Wajh al-Ari li al-Mar'ah al-'Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009). Artikel ini membincangkan isu-isu feminisme yang diperjuangkan oleh Nawal El Saadawi dan mengamati tema-tema feminisme dalam tiga buah karya beliau. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap novel al-Wajh al-Ari li al-Mar'ah al-Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009) dan kritik sastera. Hasil kajian mendapati bahawa Nawal El Saadawi sebagai seorang novelis dan feminis berjaya mengangkat isu-isu feminisme dalam novel-novelnya dari aspek pendidikan, pekerjaan domestik dan institusi kekeluargaan yang melibatkan perkahwinan dan poligami. Novel-novel penulisan beliau menjadi medium utama bagi beliau untuk meluahkan kritikan dan komentar terhadap praktis budaya Arab sejak zaman mudanya hingga kini .