Taburan dan kepelbagaian foraminifera bentik di dalam sedimen permukaan sekitar Delta Sungai Pahang, Pahang, Malaysia

Suatu kajian mengenai taburan dan kepelbagaian spesies Foraminifera bentik di dalam sedimen permukaan telah dijalankan di sekitar Delta Sungai Pahang, Pahang. Sebanyak 33 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini. Hasilnya, sebanyak 82 spesies, 45 genus dan 29 famili telah berjaya dikenal pasti d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraswana Nor Faiz (Author), Ramlan Omar (Author), Muhamad Naim Abd Malek (Author), Li, Chuanshun (Author), Liu, Yanguang (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-05.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Suatu kajian mengenai taburan dan kepelbagaian spesies Foraminifera bentik di dalam sedimen permukaan telah dijalankan di sekitar Delta Sungai Pahang, Pahang. Sebanyak 33 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini. Hasilnya, sebanyak 82 spesies, 45 genus dan 29 famili telah berjaya dikenal pasti daripada sejumlah 28,501 individu Foraminifera. Stesen 5 mencatatkan jumlah kehadiran Foraminifera paling tinggi iaitu sebanyak 5,543 individu. Stesen 11 pula mencatatkan jumlah kehadiran paling rendah dengan hanya 46 individu sahaja. Spesies yang paling dominan dan melimpah (>10%) ialah Amphistegina lessonni (4,790 individu) dan Amphistegina gibbosa (4,490 individu). Kemudian, diikuti oleh Elphidium advenum, Operculina ammonoides dan Asterorotalia pulchella (>5%). Bagi famili pula, Amphisteginidae merupakan famili paling dominan dengan mencatatkan jumlah individu tertinggi iaitu 9,280 (mewakili 32.6% daripada keseluruhan individu). Famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies yang paling tinggi iaitu sebanyak 24 spesies telah berjaya dijumpai. Indeks kepelbagaian spesies, H' yang dicatatkan adalah antara 1.1 dan 3.1. Manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 2.0 dan 9.4.