Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hasril Amiruddin (Author), Isma Atiqah Ngadiran (Author), Fathin Liyana Zainudin (Author), Norhayati Ngadiman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-03.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusan kejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferens menggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05, kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajian ini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perlu ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.