Kesan Faktor Jantina, Etnik Dan Gaya Kognitif Ke Atas Pencapaian Pengajian Am (The Effect Of Gender Ethnicity And Cognitive Styles On Achievement In General Paper)

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daera...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Poh, Bee Theen (Author), Lee, Melissa Ng Yen Abdullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2008.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Ujian GEFT (Group Embedded Figures Test) telah digunakan untuk mengukur gaya kognitif pelajar manakala pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am pula diukur dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2006. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian Pengajian Am yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar lelaki (t = 3.53, p < 0.05). Dari segi etnik pula, Analysis of Variance (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian mengikut etnik. Namun, analisis post-hoc membuktikan bahawa perbezaan yang signifikan hanya wujud antara pelajar Melayu dan Cina sahaja. Hubungan antara gaya kognitif dengan pencapaian Pengajian Am telah diuji melalui analisis korelasi Pearson. Kedua-dua variabel ini didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.15, p < 0.05). Keputusan ANOVA dua hala seterusnya menunjukkan bahawa gaya kognitif tidak mempunyai kesan interaksi yang signifikan dengan faktor jantina [F(1, 148) = 3.63, p > 0.05, eta squared 0.02] mahupun faktor etnik [F(2, 146) = 0.86, p > 0.05, eta squared = 0.01]. Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Perbezaan pencapaian ini mungkin berpunca daripada faktor-faktor lain kerana ia bukan disebabkan oleh perbezaan gaya kognitif mereka. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana ia membekalkan data empirikal tentang psikologi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am yang jarang dikaji oleh pengkaji tempatan. Selain daripada itu, maklumat kajian ini juga berguna untuk para pendidik dan kaunselor sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am, sebuah mata pelajaran yang wajib di peringkat tingkatan enam.