Membangunkan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Photosynthesis Tingkatan Dua

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru, malah telah mengalami perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individ...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khailani, Ismail (Author), Berhannudin, Nurjannah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-09-07.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru, malah telah mengalami perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu yang akses kendiri. Untuk mendapatkan pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE kerana dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip Konstruktivisme Sosial. Bahan e-pembelajaran bertajuk Photosynthesis memuatkan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bentuk aktiviti yang dihasilkan ialah Lesson, Quiz, Forum, Chat, dan Games. Aktiviti-aktiviti ini membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan grafik dan animasi. Diharapkan agar para pendidik yang lain dapat meneruskan projek ini agar Moodle dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar dengan penuh interaktif. Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM