Pengetahuan Bakal Guru Sains Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kec...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim (Author), Mohd Isha, Normi Zulfa (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-09-10.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia tentang peraturan dan keselamatan makmal. Tiga aspek utama yang dikaji ialah peraturan am, teknik penggunaan peralatan dan cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains. Kajian yang dijalankan berbentuk diskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 44 orang pelajar tahun 3 dan 4 Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows) berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru sains secara keseluruhan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah tinggi (min 3.87). Beberapa cadangan kajian juga dikemukakan pada akhir kajian ini.