Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan kebersihan diri, kebersihan premis dan tempat-tempat penyediaan makanan serta kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan memasak dan menghidang oleh pengendali-pengendali kantin sekolah di Zon Skudai, Johor Bahru. Seramai 32 orang pengen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Said, Mohd. Rizal (Author), Mohd. Noor, Nor Aini (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-09-14.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan kebersihan diri, kebersihan premis dan tempat-tempat penyediaan makanan serta kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan memasak dan menghidang oleh pengendali-pengendali kantin sekolah di Zon Skudai, Johor Bahru. Seramai 32 orang pengendali makanan dipilih sebagai responden kajian ini. Penyelidik menggunakan 2 instrumen iaitu soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden dan protokol borang pemerhatian digunakan oleh penyelidik semasa pemerhatian dijalankan . Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 15.0 For Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dalam kalangan pengendali-pengendali kantin terhadap amalan kebersihan makanan adalah tinggi. Ini dapat dilihat semasa mengendalikan makanan, pengendali-pengendali kantin mengamalkan kebersihan makanan yang telah ditetapkan.