Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian ramai penyelidik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik dalam kalangan 41 orang pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik di UTM Skudai, Johor. Reka bentuk ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noordin, Shaharom (Author), Sapiee, Faridah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-03.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
LEADER 02362 am a22001453u 4500
001 10440
042 |a dc 
100 1 0 |a Noordin, Shaharom  |e author 
700 1 0 |a Sapiee, Faridah  |e author 
245 0 0 |a Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik 
260 |c 2010-10-03. 
856 |z Get fulltext  |u http://eprints.utm.my/id/eprint/10440/1/TAHAP_PENCAPAIAN_PENGETAHUAN_PEDAGOGI_DAN_KANDUNGAN_DALAM_KALANGAN_BAKAL_GURU_FIZIK.pdf 
520 |a Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian ramai penyelidik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik dalam kalangan 41 orang pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik di UTM Skudai, Johor. Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan. Dalam konteks kajian ini, hanya dua pengetahuan sahaja yang dikaji iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik manakala pembolehubah bebas yang terlibat ialah minat dan jantina. Dua alat kajian telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian dua pengetahuan ini iaitu Soal Selidik Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik dan juga Ujian Penilaian Isi Kandungan Mata Pelajaran Fizik (UPIKMPF). Setiap set soalan mengandungi 30 item dengan lima pilihan markat manakala UPIKMPF mempunyai 30 soalan objektif. Kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = .89 dan UPIKMPF ialah α = .74. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dengan tahap pencapaian pengetahuan Fizik adalah positif sederhana di mana nilai r ialah ialah .536 pada p<.05. Selain itu, hubungan antara gred keputusan Latihan Mengajar pelajar dengan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi adalah sangat lemah iaitu nilai r ialah .195 pada p>.05. Tidak terdapat perbezaan tahap pencapaian pelajar bagi kedua-dua pengetahuan merentas minat dan berada pada tahap baik. Terdapat perbezaan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar merentas jantina iaitu perempuan (cemerlang) manakala lelaki (baik). Bagi tahap pencapaian pengetahuan Fizik pula secara keseluruhan tidak terdapat perbezaan tahap pencapaian merentas jantina iaitu berada pada tahap baik. 
546 |a en 
650 0 4 |a L Education (General)