Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular

Perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk; sistem kardiovaskular ini dibangunkan dalam Bahasa Malaysia sebagai pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif diperingkat sekolah. Perisian ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kogniti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Hafizah (Author), Ibrahim, Wajihan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-12.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
LEADER 02271 am a22001453u 4500
001 10550
042 |a dc 
100 1 0 |a Harun, Hafizah  |e author 
700 1 0 |a Ibrahim, Wajihan  |e author 
245 0 0 |a Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular 
260 |c 2010-10-12. 
856 |z Get fulltext  |u http://eprints.utm.my/id/eprint/10550/1/PEMBANGUNAN_PERISIAN_MULTIMEDIA_BAGI_SUBJEK_SAINS_SUKAN.pdf 
520 |a Perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk; sistem kardiovaskular ini dibangunkan dalam Bahasa Malaysia sebagai pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif diperingkat sekolah. Perisian ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen-elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animasi dan video. Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar, video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan visual kepada pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Secara tidak langsung, ia dapat mempertingkatkan lagi daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks dengan berpandukan Model ADDIE serta menyerapkan elemen-elemen model ARCS dalam fasa pembangunan perisian. Perisian ini merangkumi pautan utama iaitu halaman utama, kuliah, situasi, ujian, pembangun, peta laman dan bantuan. Pengujian dilakukan terhadap 6 orang pakar bidang menggunakan soal selidik untuk mendapat ulasan mengenai kesesuaian kandungan dan teknologi yang digunakan. Prototaip perisian multimedia menerusi web ini, dinilai oleh populasi sasaran (40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru) bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran melalui perisian yang dibangunkan sebagai PBK diperingkat sekolah. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati hasil prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ianya memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaaan pelajar. 
546 |a en 
650 0 4 |a L Education (General)