Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk 'Acids And Bases' Kimia Tingkatan Empat

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah melalui perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu dan kendiri....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim (Author), Ahmad Adnan, Nor Aziehan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-13.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah melalui perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu dan kendiri. Sehubungan itu, satu sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih memandangkan reka bentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan web portal bertajuk Acids and Bases berasaskan Moodle dan menilai kesesuaiannya terhadap penggunaan pembelajaran, Model ADDIE digunakan bagi membantu dalam perancangan dan pembangunan web portal. Bahan-bahan e-pembelajaran bertajuk Acids and Bases disediakan dalam format power point dan juga HTML yang merangkumi nota pengajaran guru dan juga nota pembelajaran pelajar. Selain itu, web portal ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain seperti Quiz, Forum, Chat, Glossary dan Assignment berdasarkan objektif pembelajaran kimia KBSM serta juga menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar. Penilaian sumatif telah dijalankan kepada 10 orang bakal-bakal guru Kimia, Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan pengujian ini menunjukkan kesesuaian web portal ini adalah di tahap yang baik (min keseluruhan = 4.46). Diharapkan web portal ini dapat digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar supaya pembelajaran yang bermakna dapat diwujudkan daripada persekitaran pembelajaran yang menyokong konstruktivisme sosial. Beberapa cadangan lanjutan telah dikemukakan pada akhir laporan.