Keberkesanan PBK Bertajuk Trigonometri Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Empat Buah Sekolah Di Johor Bahru

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 120 orang pelajar tingkat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Salleh, Shaharuddin (Author), Siaw, Chung Teck (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-25.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat dipilih daripada empat buah sekolah menengah berkenaan. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematik bagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min pencapaian ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694, p>.05). Seterusnya dalam ujian pasca, didapati min pencapaian kumpulan kawalan dan min pencapaian kumpulan rawatan berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis secara deskriptif. Soalselidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang memberi keberkesanan PBK yang dibekalkan oleh KPM. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktorfaktor yang memberi keberkesanan PBK yang dibekalkan oleh KPM berdasarkan min tertinggi ialah kategori aktiviti (3.61), ini diikuti dengan kategori teknikal (3.59), kategori pengetahuan (3.57), kategori multimedia (3.54), kategori pencapaian objektif PBK (3.52) dan kategori isi kandungan PBK (3.48). Secara kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan komputer telah memberi kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik untuk Tajuk Trigonometri Matematik Tingkatan Empat.