Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keyakinan Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Responden terdiri daripada enam orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang sedang menjalani latihan mengajar dan empat orang guru pembimbing. Kajian ini memberi fokus kepada penguasaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zanzali, Noor Azlan (Author), Asri Atjeng, Hasriani (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-30.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Responden terdiri daripada enam orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang sedang menjalani latihan mengajar dan empat orang guru pembimbing. Kajian ini memberi fokus kepada penguasaan mereka tentang pengetahuan ilmu matematik, pedagogi matematik dan psikologi pembelajaran. Kajian ini merumuskan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut memberi kesan yang mendalam di dalam diri mereka seterusnya kepada hasil pengajaran mereka. Dengan menguasai ilmu matematik guru pelatih berkeyakinan untuk memberi jawapan apabila diajukan sebarang pertanyaan oleh pelajar. Penguasaan pedagogi matematik merupakan perkara yang amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar. Selain itu, memahami psikologi pembelajaran di dalam konteks menguji pemahaman pelajar tidak kurang pentingnya. Menguji pemahaman pelajar penting untuk mengenal pasti kelemahan pelajar. Ketiga-tiga faktor tersebut saling berkait di dalam mempengaruhi keyakinan guru pelatih untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.