Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Empat Buah Sekolah Menengah Teknik Sekitar Johor Bahru

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tentang kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal di empat buah sekolah menengah teknik di dalam Johor Bahru. Sebanyak 103 set soal selidik yang mengandungi 30 item tentang kepuasan kerja telah diedarkan kepada responden yang mengajar di Sekolah Me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sihes, Ahmad Johari (Author), Shaari, Mohamad Zuhairy (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-01.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tentang kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal di empat buah sekolah menengah teknik di dalam Johor Bahru. Sebanyak 103 set soal selidik yang mengandungi 30 item tentang kepuasan kerja telah diedarkan kepada responden yang mengajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Azizah dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Skop kajian adalah difokuskan kepada faktor kepuasan kerja dari segi beban tugas, peluang kenaikan pangkat dan juga pendapatan. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Keputusan analisis mendapati faktor peluang kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan responden. Manakala faktor beban tugas dan pendapatan adalah pada tahap sederhana. Di akhir kajian ini, dikemukakan beberapa cadangan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal.