Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Boon , Yusof (Author), Abdol Aziz, Azizi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-03.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0). Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.