Tahap Literasi Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Aliran Agama Di Daerah Hilir Perak , Perak.

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan konsep dan aplikasi sains dalam kehidupan pelajar tingkatan empat aliran agama. Responden kajian terdiri daripada 131 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hilir Perak, Perak. Alat kajian terdiri daripada satu set borang soal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim , Mohd Ali (Author), Mohd Aspar, Nor Hafiz (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-15.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan konsep dan aplikasi sains dalam kehidupan pelajar tingkatan empat aliran agama. Responden kajian terdiri daripada 131 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hilir Perak, Perak. Alat kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik dengan nilai kebolehpercayaannya ialah ? = 0.813. Hasil analisis menunjukkan bahawa min tahap pengetahuan sains ialah 2.77 dan min aplikasi sains ialah 2.66. Ini menunjukkan tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains berada pada tahap yang tinggi. Hasil ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dalam kehidupan (p > 0.05 ). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti terhadap tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dengan kumpulan pencapaian gred PMR pelajar baik dan pelajar lemah (p < 0.05). Kolerasi Pearson pula menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pengetahuan sains dan aplikasi sains ( r = .657, p < 0.01 ).