Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Matematik Berasaskan MOODLE Bertajuk 'Standard Form', 'Probability 1' Dan 'Lines And Planes In 3-Dimensions'

Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menekankan konsep kolaborasi. Projek e-pembelajaran ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE (Modular Object Orien...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Zaleha (Author), Mohd Nazmi, Nurunnajwa (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-18.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menekankan konsep kolaborasi. Projek e-pembelajaran ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment). Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang mana guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk 'Standard Form', 'Probability 1' dan 'Lines And Planes In 3-Dimensions' ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Sukatan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Teacher's Note, Students' Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat dan Journal. Teacher's Note disediakan dalam dua bentuk iaitu HTML dan powerpoint sebagai alternatif kepada guru semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Students' Lesson pula disediakan dalam bentuk interaktif yang mana pelajar boleh berinteraksi terus dengannya. Quiz yang disokong dengan pangkalan data membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan boleh diperoleh. Manakala Forum, Chat dan Journal disediakan untuk memberi ruang kolaborasi kepada guru dan pelajar yang mana komunikasi dua hala dibenarkan. Projek yang menggunakan model rekabentuk intruksi bersistem ADDIE ini diharap dapat digunakan oleh pelajar untuk membantu mengatasi masalah kekurangan guru dan membolehkan pelajar berdikari dalam pembelajaran mereka.