Persepsi Pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Sains, Selepas Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Minat Dan Sikap Dalam Profesion Perguruan Serta Kemahiran Menilai Pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM terhadap kemahiran penilaian pelajar, mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi minat dalam profesion perguruan dan mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi sikap dalam profe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arshad , Mohammad Yusof (Author), Haji Dollah, Noor Rafidah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-23.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM terhadap kemahiran penilaian pelajar, mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi minat dalam profesion perguruan dan mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi sikap dalam profesion perguruan selepas menjalani latihan mengajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 150 responden daripada pelajar tahun tiga jurusan sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jurusan sains yang diikuti oleh responden seperti Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) - SPC, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) - SPF, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) - SPM, Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan (Kimia) - SPK, Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Fizik) - SPP, Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Sains) - SPN dan Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) - SPT. Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Statistik yang diperoleh daripada SPSS berbentuk kekerapan, peratus, dan min. Nilai Alpha Croncbach yang diperolehi di dalam kajian rintis adalah 0.9. Hasil kajian menunjukan ketiga-tiga persepsi pelajar tahun tiga program pendidikan sains, selepas menjalani latihan mengajar terhadap minat dan sikap mengajar serta kemahiran menilai pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru pelatih telah bersedia untuk memasuki profesion perguruan nanti dan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada guru pelatih pada masa akan datang dalam menempuhi alam perguruan yang sebenar. Selaian itu juga, kajian ini dapat meningkatkan kesungguhan bakal guru memperbaiki mutu pembelajaran pelajar.