Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara(Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat MenengahRendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pasir Mas Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Instrumen kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Abdul Rahim (Author), Wan Aziz, Wan Mohammad Kamal Azman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-24.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang digunakan terdiri daripada 40 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5. Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi empat persoalan mencatatkan 3.80 iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua mencatatkan nilai min 3.19 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Bagi persoalan kajian pertama, ketiga dan keempat nilai min berada pada tahap penilaian tinggi. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal.