Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan UTM

Kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Penyelesaian masalah merupakan suatu kaedah yang praktis yang bertujuan untu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail , Sarimah (Author), Atan, Abreza (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-03.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Penyelesaian masalah merupakan suatu kaedah yang praktis yang bertujuan untuk menjana pelbagai idea yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian yang lebih paktikal dan efektif. Dalam kaedah ini, proses penyelesaian masalah dilakukan menurut langkah-langkah tertentu secara sistematik dan tersusun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti adakah aplikasi pendekatan penyelesaian masalah ini dilaksanakan dalam pengajaran mata pelajaran teknikal dan vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti bagaimana pensyarah mengaplikasi pendekatan penyelesaian masalah ini dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. Obektif kedua untuk mengenalpasti model kaedah penyelesaian yang digunakan oleh pensyarah sewaktu pengajaran dilaksanakan dan objektif ketiga ialah untuk mengenalpasti kebaikan yang diperolehi apabila menggunakan kaedah penyelesaian masalah ini semasa proses pengajaran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan instrumen yang digunakan ialah protokol temubual. Data yang diperolehi melalui sesi tembual ditranskrip dan seterusnya dianalisa menggunakan kaedah pengkodan. Bilangan responden yang ditemubual ialah tujuh orang dan hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh orang responden mengaplikasikan pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran mata pelajaran teknikal. Mereka juga bersetuju bahawa pendekatan penyelesaian masalah ini membawa banyak kebaikkan dan kelebihan kepada pelajar.