Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Imej Saintis

Kajian deskriptif ini dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti persepsi pelajar sekolah rendah di Malaysia terhadap imej saintis. Kajian ini melibatkan 507 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun di empat buah sekolah rendah di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Soal selidik terdiri dari...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arshad , Mohammad Yusof (Author), Ahmad, Hussin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-10.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian deskriptif ini dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti persepsi pelajar sekolah rendah di Malaysia terhadap imej saintis. Kajian ini melibatkan 507 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun di empat buah sekolah rendah di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Soal selidik terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bahagian A mengenai demografi pelajar, bahagian B yang menggunakan instrument "Draw A-Scientist Test (DAST)" untuk menilai persepsi pelajar melalui lukisan tangan. Bahagian C adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap imej saintis. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 12.0 telah digunakan dalam menganalisa data yang diperolehi. Keputusan kajian menunjukkan pelajar sekolah rendah di Malaysia mempunyai persepsi stereotaip pada tahap sederhana terhadap imej saintis iaitu mereka menggambarkan saintis bersama simbol penyelidikan (57.8%), bekerja di makmal (53.1%), jantina lelaki (48.9%) dan berpakaian makmal (38.5%). Persepsi pelajar adalah rendah pada imej stereotaip seperti fesyen rambut (25%), unsur teknologi (19.5), catatan sains yang releven (16%), cermin mata (14%) dan simbol pengetahuan (0.8%). Persepsi ini dipengaruhi oleh perbezaan jantina, umur, sosio-ekonomi keluarga, pencapaian akedemik dan minat pelajar. Penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan dalam meningkatkan keberkesanan kajian ini.