Kemahiran Menggraf Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran menggraf adalah sebahagian daripada sains yang tidak dapat dipisahkan. Melukis dan mentafsir graf merupakan komponen yang perlu dalam membuat laporan eksperimen. Pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dan mentafsir graf untuk berkomunikasi secara cepat dan tepat. Tujuan kajian ini untuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin , Meor Ibrahim (Author), Mohamad Romli, Noor Hidayah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-15.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kemahiran menggraf adalah sebahagian daripada sains yang tidak dapat dipisahkan. Melukis dan mentafsir graf merupakan komponen yang perlu dalam membuat laporan eksperimen. Pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dan mentafsir graf untuk berkomunikasi secara cepat dan tepat. Tujuan kajian ini untuk mengkaji kemahiran menggraf pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan di dalam aspek melukis graf dan mentafsir graf. Seramai 85 orang pelajar tahun akhir pendidikan kimia dan sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Test of Graphing in Science (TOGS), versi 3.0 telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini untuk mengenal pasti kemahiran asas dalam menggraf iaitu melukis dan mentafsir graf pelajar. Data yang dipungut telah dinalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Science (SPSS), versi 11.5. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data iaitu dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa kemahiran asas di dalam melukis graf dan mentafsir graf dikategorikan sebagai sederhana. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam laporan ini.