Perlaksanaan E-Pembelajaran Dikalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Dalam sektor pendidikan di Malaysia, e-pembelajaran merupakan satu cabang baru dalam pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana membolehkan pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat, jarak, usia dan masa. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meni...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sihes , Ahmad Johari (Author), Sani, Norbaizura (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-16.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam sektor pendidikan di Malaysia, e-pembelajaran merupakan satu cabang baru dalam pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana membolehkan pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat, jarak, usia dan masa. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau perlaksanaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Fokus kajian ini ialah kesediaan pelajar terhadap perlaksanaan e-pembelajaran, minat dan sikap pelajar yang mendorong dalam penggunaan e-pembelajaran dan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran. Seramai 118 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan analisis data menggunakan perisian "Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)" for Windows Release 12.0 bagi mendapatkan min dan peratus data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai pekali kebolehpercayaan adalah 0.80 dengan menggunakan kaedah Cronbach Aalpha. Secara keseluruhannya, tinjauan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor berada pada tahap sederhana. Justeru itu, pihak universiti dan fakulti perlu meningkatan lagi kesedaran pelajar-pelajar terhadap kepentingan e-pembelajaran untuk menyahut seruan universiti yang ingin menjadikan Univesiti Teknologi Malaysia sebagai universiti bertaraf dunia.