Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja Akhir

Memahami konsep kendiri dan kesejahteraan hidup remaja bekerja dan remaja belajar adalah penting. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan memberi ketenangan dalam hidup malah kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup individu. Kajian ini bertujuan mengenalp...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hassan , Johari (Author), Rajoo, Pusphavalli (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-23.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Memahami konsep kendiri dan kesejahteraan hidup remaja bekerja dan remaja belajar adalah penting. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan memberi ketenangan dalam hidup malah kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup individu. Kajian ini bertujuan mengenalpasti perhubungan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di kalangan remaja dalam lingkungan umur 18-22 tahun. Kajian ini juga ingin meninjau sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri dan kesejahteraan hidup dari segi jantina dan etnik yang berlainan. Kajian ini dijalankan di dua tempat yang berlainan iaitu di kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan kawasan perusahaan di Senai. Responden kajian ini terdiri daripada 120 orang remaja iaitu 60 orang pelajar UTM dan 60 orang pekerja kilang. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik Skala Penilaian Konsep Kendiri Pasao (SPKKP) dan Kesejahteraan hidup pula diukur dengan soal selidik yang diubahsuaikan dari kajian Linn dan McGranahan (1980). Data kajian dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) Versi 14.0 . Kaedah statistik inferensi seperti ujian t dan Korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap konsep kendiri dan tahap kesejahteraan hidup remaja akhir adalah tinggi. Hasil kajian menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di kalangan remaja akhir. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di antara status remaja, jantina dan etnik yang berbeza. Namun, terdapat perbezaan kesejahteraan hidup yang signifikan di antara remaja bekerja dan remaja belajar. Implikasi kajian ini adalah supaya pihak tertentu boleh membantu mendirikan konsep kendiri yang positif di kalangan remaja supaya melahirkan golongan bakal pemimpin dan penggerak pembangunan negara.