Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru, perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Boon, Yusof (Author), Ngatimin, Sani (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-27.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru, perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian "Statistical Package of the Sosial Sciences"(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada tahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang paling asas iaitu Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah computer yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan makmal komputer. Katakunci :makmal komputer, guru