Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat fakulti pendidikan. Instrum...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Seth (Author), Cheong, Peck Chuan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2011-01-20.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat fakulti pendidikan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang menggunakan skala likert. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai maklumat peribadi subjek kajian dan Bahagian B merupakan item-item yang menguji persepsi subjek tentang pendidikan seks di sekolah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan "Statistical Package For The Social Science Version 15.0" (SPSS 15.0). Data diuji dengan kaedah statistik deskriptif untuk menerangkan kekerapan, peratusan, dan min. Kaedah inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan ANOVA sehala. Hasil dapatan yang diperoleh melalui ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pendidikan seks di sekolah. Manakala hasil kajian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar yang berlainan agama terhadap pendidikan seks di sekolah. Pada keseluruhannya, tahap persepsi responden terhadap pendidikan seks di sekolah adalah pada tahap sederhana.