Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik 'Principal Instruction Management Rati...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Daud, Khadijah (Author), Basiron, Mohamed Noor (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2011-01-31.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik 'Principal Instruction Management Rating Scale' (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen 'Principal Instruction Management Rating Scale,' nilai pekali Alpha Cronbach ? = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).