Summary: | Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi web yang bertajuk "Asas Pembangunan Laman Web" yang direkabentuk berdasarkan pendekatan pembelajaran inkuiri dan disokong dengan persekitaran pembelajaran WebQuest. WebQuest merupakan model yang dibangunkan oleh Bernie Dodge (1995) untuk membina pembelajaran berasakan inkuiri dimana semua maklumat yang digunakan oleh pengguna adalah datangnya dari web. Persekitaran pembelajaran ini juga dipilih untuk merekabentuk pembelajaran dan aktiviti berasaskan inkuiri dimana ia dapat mengaktifkan pengajaran, menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran mereka, membantu mereka memahami dari pelbagai perspektif, dan meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan. Sistem pembelajaran berasaskan web ini dibina berdasarkan model rekabentuk; ADDIE. Macromedia Dreamweaver 8 telah digunakan sebagai perisian pengarangan utama dalam membina pembelajaran berasaskan web, dan disokong oleh perisian aplikasi seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax , Sony Sound Forge dan Comic Life. Adalah diharapkan dengan kombinasi teknologi berasaskan web dengan pendekatan pembelajaran inkuiri ini akan dapat meningkatkan pemahaman pengguna tentang asas rekabentuk laman web seterusnya menjadikan pembelajaran lebih aktif, bermakna dan menarik.
|