Mengeksploitasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik

Pendidikan merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mernpunyai pelbagai keupayaan dalarn era ekonorni berasaskan pengetahuan. Kepentingan sektor pendidikan ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan perlaksanaan kurikulurn sistern...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu, Mohd. Salleh (Author), Tan, Wee Chuen (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press, 2001-10.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pendidikan merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mernpunyai pelbagai keupayaan dalarn era ekonorni berasaskan pengetahuan. Kepentingan sektor pendidikan ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan perlaksanaan kurikulurn sistern pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu, berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, irnaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta dan menghasilkan sesuatu rekaan baru. Berikutan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran dirancang supaya berlaku dalam persekitaran yang kondusif yang mengoptimumkan penggunaan teknologi, khususnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Ini memberi peluang kepada semua individu menikmati pendidikan di sarnping rnengiktiraf kewujudan perbezaan individu dari segi keupayaan, gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan (multiple intelligences). Fenomena yang dinyatakan ini merupakan sebahagian daripada reformasi komprehensif yang berlaku dalam sistem pendidikan negara yang perlu diterjemahkan ke dalam bentuk amalan proses P&P seharian, Bagaimanapun, di sebabkan oleh perbagai faktor penghalang dan kekangan, wujud perbezaan antara kurikulurn yang dirancang dengan amalan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar (ketakserasian), khususnya dalarn bidang sains dan matematik. Seterunya, artikel mernbincangkan mengenai potensi mengeksploitasi kelebihan TMK dalam menangani beberapa masalah 'ketakserasian' ini dan beberapa cabaran berkaitan penggunaan TMK