Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia Di UTM

KBSM dari aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan nilai murni di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dominan dari aspek masalah alat radas dan bahan kimia, masalah pihak pentadbiran sekolah dan masalah kesediaa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi (Author), Mohamad Hasan, Junaidah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2011-06.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:KBSM dari aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan nilai murni di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dominan dari aspek masalah alat radas dan bahan kimia, masalah pihak pentadbiran sekolah dan masalah kesediaan diri guru pelatih dalam melaksanakan kurikulum Kimia KBSM. Seramai 100 orang pelajar tahun 3 dan 4 jurusan kimia di UTM dipilih untuk dijadikan sampel kajian ini. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan. Darjah kebolehpercayaan (alpha croncbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 0.8096. Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan kemahiran saintifik berada pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 3.87. Manakala tahap pelaksanaan nilai murni dan kemahiran berfikir berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.6283 dan 3.5478. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM mempunyai masalah dari segi alat radas dan bahan kimia dan kesediaan diri pada tahap yang sederhana. Nilai min bagi masalah tersebut adalah 2.9533 dan 2.357. Namun demikian, masalah yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah berada pada tahap yang rendah iaitu nilai min 2.11. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan kemahiran saintifik dengan prestasi latihan mengajar. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan kemahiran berfikir dan nilai murni dengan prestasi latihan mengajar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara masalah alat radas dan bahan kimia dengan prestasi latihan mengajar. Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah pihak pentadbiran sekolah dan masalah kesediaan diri dengan prestasi latihan mengajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih supaya dapat memperbaiki diri dan menambahkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan sebelum melangkah ke profesion perguruan yang sebenar.