Tiga Golongan Syuhada (Kajian Hadis Dari Aspek Kesahihan Sanad Dan Matan Serta Statusnya)

Tujuan utama kajian ini ialah mencari dan menentukan sumber-sumber asal hadis yang membahagikan para syuhada kepada tiga golongan yang ternyata tidak hanya diukur pada keikhlasan niatnya dalam berjihad, membela dan menegakkan kalimat Allah dan bentuk pengorbanannya, tetapi juga amalan atau kebiasaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nizar, Tamar Jaya (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press, 2002-06.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini ialah mencari dan menentukan sumber-sumber asal hadis yang membahagikan para syuhada kepada tiga golongan yang ternyata tidak hanya diukur pada keikhlasan niatnya dalam berjihad, membela dan menegakkan kalimat Allah dan bentuk pengorbanannya, tetapi juga amalan atau kebiasaan hidup yang dijalani sebelumnya apakah dipenuhi dengan ketaatan, kemaksiatan atau kemunafikan. Pengkaji merasa terpanggil untuk mengetahui lebih dalam akan kualiti hadis tersebut khususnya yang berkaitan dengan kesahihan sanad dan kekuatan matannya, dengan harapan hasilnya dapat memberi masukan baru atau tambahan informasi mengenai Jihad. Hasil kajian hadis yang dirasakan paling tepat dan sesuai untuk digunakan oleh penulis dalam artikel ini ialah dengan menggunakan salah satu lafaz hadis Rasulullah. Kemudian dalam menganalisis setiap sanad dan matannya, pengkaji telah merujuk kepada kitab-kitab ulama Hadis yang muktabar sejauh yang terjangkau. Hasil kajian menunjukkan penemuan begitu menyakinkan terutama tentang kedudukan hadis yang menjadi objek kajian, yang semulanya berstatus lemah atau tidak sahih oleh sebab-sebab tertentu telah terangkat ke posisi hadis sahih yang tidak diragui asalnya dari Rasulullah s.a.w. Kerana itu, jihad dalam Islam yang membawa seseorang kepada mati syahid, di samping keikhlasan niat dan pengorbanan harta dan jiwa, bentuk amalan selama hidup ikut menjadi kriteria penting yang perlu diambil kira.