Sistem perawatan minyak mentah bagi alat penuras vakum drum berputar

Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membina satu sistem perawatan minyak sawit, terutamanya untuk menurunkan paras pasir dalam minyak sawit mentah, bagi sistem penurasan minyak sawit mentah yang telah dibina. Dari kajian ciri zarah minyak sawit, telah menunjukkan bahawa terdapat sejumlah pasir halus...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ripin, Adnan (Author), Abdul Aziz, Ramlan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Jawatankuasa Penyelidikan & Perundingan, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli, UTM, 1993.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membina satu sistem perawatan minyak sawit, terutamanya untuk menurunkan paras pasir dalam minyak sawit mentah, bagi sistem penurasan minyak sawit mentah yang telah dibina. Dari kajian ciri zarah minyak sawit, telah menunjukkan bahawa terdapat sejumlah pasir halus dalam buburan minyak sawit mentah. Kandungannya berbeza mengikut masa dan lokasi kilang sawit tersebut. Kehadiran pasir walau pun dalam kuantiti yang kecil didapati boleh menganggu kelancaran sistem penurasan terutamanya yang berasaskan penurasan arah bawah. Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk membina sistem perawatan yang boleh digabungkan dengan alat penuras. Dengan ini memungkinkan kaedah penurasan digunakan pada sebarang keadaan minyak mentah. Ujian dilakukan dengan menggunakan hidrosiklon yang mempunyai sudut kun yang berlainan iaitu 8, 16, 20 dan 25 darjah. Disamping itu, kesan kadar alir suapan juga dikaji bagi menilai corak pemisahan. Kajian ini mendapati bahawa peratus pemisahan pasir meningkat dengan peningkatan kadar alir suapan dan penurunan sudut kun.