Perhubungan antara stesen kerja ergonomik dan stres: kajian terhadap operator pengeluaran di organisasi multinasional di Malaysia

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesen kerja ergonomik dan akibat stres. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MI...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Makhbul, Zafir (Author), Idrus, Durrishah (Author), Abdul Rani, Mat Rebi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press, 2008-12.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesen kerja ergonomik dan akibat stres. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Penemuan utama menunjukkan reka bentuk stesen kerja ergonomik merupakan strategi penting dalam meminimumkan akibat stres dalam organisasi. Analisis korelasi Pearson mengukuhkan kenyataan ini dengan menunjukkan kesemua faktor stesen kerja ergonomik mempunyai kekuatan hubungan yang signifikan dengan akibat stres. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan faktor kesihatan, reka bentuk ruang kerja, kerja syif, sistem pengudaraan dan tempoh masa bekerja mempunyai hubungan signifikan dengan akibat stres. Komponen stesen kerja ergonomik pula membuktikan bahawa faktor manusia dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan akibat stres.